Jumaat, 22 Jun 2012

PENYERAHAN KAD KEMAJUAN PELAJAR PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Satu majlis penyerahan kad kemajuan pelajar PASTI akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

tarikh    : 25 Jun 2012
hari       : Isnin
masa     : 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Ibu bapa atau penjaga pelajar dijemput untuk mengambil sendiri kad kemajuan pelajar.
Insyaallah... ibu bapa atau penjaga bolehlah mendapatkan maklumbalas mengenai tahap pencapaian anak2 daripada guru2 PASTI...

terima kasih

Sabtu, 26 Mei 2012

PEPERIKSAAN DAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

alhamdulillah.. peperiksaan pertengahan tahun yang bermula pada 16.05.2012, telahpun selesai pada 22.05.2012 (lewat sedikit dari jadual PASTI PUSAT kerana soalan tiba lewat dari jadual asal....)
Sekarang nie guru2 PASTI as-Shariff sedang sibuk menanda kertas pelajar 5 dan 6 tahun.. 
ana harap guru2 dapat siapkan menanda kertas seterusnya mengisi ke dalam Borang Pemarkahan yang disediakan mengikut ketetapan tarikh yang diberikan... (biasanya PASTI negeri akan minta rekod markah untuk simpanan.. )

Dan cuti pertengahan tahun 2012 bermula pada 26 MEI - 10 JUN 2012. PASTI as-Shariff mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar PASTI.... Semoga cuti kali ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar dan ibu bapa dalam meluangkan masa yang ada... SELAMAT BERCUTI semua anak2 dan guru2 PASTI as-Shariff Keningau..

Pada masa cuti juga, bermula 28 - 31 Mei 2012 (4 hari), atas inisiatif guru2 PASTI... satu kelas tambahan (cepat membaca) diadakan antara jam 8pagi - 10pagi untuk pelajar2 5 dan 6 tahun yang belum menguasai teknik membaca dengan baik. Semoga kelas yang diadakan ini akan membantu mempercepatkan penguasaan pelajar membaca...   

Insyaallah.... 11 JUN 2012 sesi persekolahan akan dibuka semula dan pastinya PASTI sangat2 mengalu2kan kedatangan anak2 PASTI ke sekolah semula... 

Jumpa lagi di lain coretan.. 

Isnin, 21 Mei 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI KENINGAU 2012

Tarikh   : 19 Mei 2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat  : PASTI as-Shariff Keningau

Semua sedia maklum bahawa tarikh 16 Mei adalah tarikh dimana satu hari diberikan penghargaan kepada guru2 di seluruh Malaysia...
Satu majlis telah diadakan bagi meraikan guru2 PASTI as-Shariff Keningau pada 19/5/2012..
Antara pengisian dan aktiviti yang diadakan ialah persembahan pelajar, permainan untuk pelajar dan ibubapa, penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada guru serta tazkirah ringkas.
Terima kasih pada semua yang hadir iaitu ibu bapa pelajar, ahli usrah muslimin dan muslimat. Terima kasih juga kepada YDP PAS Keningau kerana turut hadir.
Persembahan pelajar PASTI
Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar... Untuk sambutan kali ini, jamuan diadakan secara 'potluck,..(ibubapa dan ahli usrah yang hadir bawa makanan dari rumah). Banyaknya dan pelbagai jenis makanan ada.. Terima kasih banyak2..
ibu bapa dan keluarga turut memeriahkan majlis
Masa unuk menjamu selera
Aktiviti untuk ibu 
Guru2 menerima hadiah dari pelajar PASTI
Banyaknya potluck yang dibawa...
Terima kasih....

Semoga majlis yang diadakan ini mengeratkan lagi ukhuwah antara semua yang hadir...
Kepada guru2 yang diraikan, teruskan usaha murni anda mendidik anak2 PASTI..
Sekiranya ada kekurangan dalam majlis tersebut kami di PASTI as-Shariff mohon maaf..
Jazakallahukhair.. dari kami di PASTI as-Shariff Keningau..







Jumaat, 6 April 2012

KURSUS GURU PASTI

semalam ana dapat mesej dari S/U PASTI negeri berkenaan satu kursus yang akan diadakan pada 14/04/2012 nie. Kursus tersebut ialah KURSUS BAHASA MELAYU untuk guru TAHUN 6... Kursus ini akan berlangsung selama sehari bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang..
insyaallah.. PASTI as-Shariff Keningau akan menghantar seorang wakil guru untuk menghadiri kursus tersebut.. semoga guru yang berkursus nanti akan mendapat banyak manfaat seterusnya disebarkan kepada guru2 lain serta kepada semua ANAK2 PASTI.....

CONTOH WARNA BARU PREMIS PASTI 2012

Realisasi Rebranding Premis PASTI

Posted in Tindakan by pastipusat on March 20, 2012
26 Rabiulakhir 1433H
Selepas penat mengecat selama hampir sebulan, akhirnya PASTI kami nerwajah baru. Mudah-mudahan bertepatan dengan spesifikasi warna premis yang terkandung dalam buku Manual Pengurusan PASTI.
Semoga usaha rebranding ini juga berjaya menarik minat masyarakat sekitar menghantar anak-anak belajar di sini !
Silakan Masuk !

Mengancam !

Menguning hijaunya . . .

CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
  • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Langkah-langkah Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

Isnin, 30 Januari 2012

28/1/2012.. SUK PASTI Negeri Sabah

Tanggal 28/1/2012 ialah hari terakhir encik Nasir bertugas sebagai SUK PASTI Negeri Sabah.. Sepanjang ana mengenali beliau.. beliau seorang sangat komited dalam tugasannya..
Semoga Saudara NAsir akan terus komited dalam kerja2 amal ini walaupun bukan lagi berada di bumi Sabah ini...
Sehubungan dengan itu juga, kami di PASTI as-Shariff mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau..
kepada SUK yang baru iaitu saudara Wan.. Selamat menjalankan tugas dan amanah..