Selasa, 24 November 2009

KONVOKESYEN PASTI AS-SHARIFF 2009

Pada 15 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Perpustakaan Keningau, telah diadakan Majlis Konvokesyen Pasti as-Shariff kali ke-7 tahun 2009.
Antara program atau aktiviti yang dilaksanakan ialah Penyampaian Hadiah kepada pelajar cemerlang bagi setiap umur dari 4 tahun hingga 6 tahun, cenderahati kepada semua pelajar dan Sijil Tamat Belajar bagi pelajar 6 tahun. Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan alu aluan Pengerusi Majlis. Seterusnya Bacaan al-Quran oleh adik Nik Muhammad Afiq Naqiuddin. Dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDP Pas Kawasan Keningau.
Ibu bapa dan tetamu juga dihiburkan oleh persembahan dari adik2 pelajar PASTI as-Shariff. Antara persembahan pelajar ialah bacaan doa harian, lagu twinkle2, sajak ibu dan lain lain lagi. Memang berbakat dan berkebolehan semua anak anak PASTI.

Bacaan al-Quran oleh

Adik Nik Muhammad Afiq Naqiuddin

Persembahan pelajar 5 tahun, bacaan doa2 harian

Cerita tentang dinasour

Oleh adik Danial Arif bin Rashidi

Adik Nur Ain Maisarah bercerita tantang ‘MY FAMILY’

Pelajar Terbaik 2009 (lelaki)

Nik Muhammad Afiq Naqiuddin bin Mohd Shuffian

Pelajar Terbaik 2009 (perempuan)

Hamidah binti Muhd Rusli

Majlis ini berakhir pada jam 11.30pagi. Terima kasih atas sokongan, bantuan dan dorongan semua ibu bapa dan tetamu yang hadir pada Majlis Konvokesyen tersebut. Segala kekurangan mohon dimaafi.

Pelajar 6 tahub PASTI as-Shariff yang menerima Sijil Konvokesyen Tahun 2009... Selamat menempuh alam persekolahan di sekolah rendah pula...Semoga diiringi kejayaan dunia dan akhirat..

Khamis, 12 November 2009

SUKANEKA PASTI AS-SHARIFF 2009

Seperti tahun2 sebelumnya.. acara tahunan SUKANEKA PASTI AS-SHARIFF 2009 telah diadakan pada tarikh 08 Nov 2009 yang lalu, di padang MASJID TAQWA Keningau.. Acara bermula lebih kurang jam 8 pagi..
Antara yang dipertandingkan adalah ACARA Sukaneka Tertutup... untuk pelajar PASTI SAHAJA...iaitu acara tiup belon sampai pecah, bawa bola pingpong dalam sudu, lari dalam guni dan isi air dalam botol... Dan semua acara tersebut dibahagikan kepada 4 kategori.. TAHniah buat anak anak PASTI yang menang.. Yang tidak menang pun tetap menang bcoz semua berjaya menamatkan acara masing2 dengan bergayanya...
Acara terbuka ialah Mewarna dan acara muslimin serta muslimat.. Sambutan dari muslimin muslimat memang menggalakkan... Walaupun hadiahnya biasa2 aja..TAHNIAH kepada yang menang pada hari tersebut.
Alhamdulillah.. segalanya berlangsung dengan meriah walaupun cuaca mendung dan hujan turun pada pertengahan acara... tapi ujan sekejap saja.
Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga PASTI, ibu bapa, anak2 pelajar, dan semua2 la yang hadir pada hari tersebut..
Sukaneka PASTI berakhir dalam jam 12 lebih... walaupun agak kepenatan.. tetapi gembira kerana aktiviti berjalan dengan lancar... terima kasih atas kerjasama semua..
Insyaallah... jumpa lagi tahun depan.. Segala kekurangan dari kami warga PASTI harap dimaafkan...

Rabu, 4 November 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI 1430H DAN PELANCARAN DANA PASTI

Assalamualaikum...
Dah lama benar tak update blog nie.. sibuk sangat. Macam2 urusan.
Tak apalah.. apa nak buatkan. Hari nie macam ada kesempatan masa sedikit...
Nak bercerita sedikit mengenai sambutan Aidilfitri PASTI 1430H dan pelancaran Dana Tapak dan bangunan baru PASTI yang telah diadakan pada 18 oktober 2009 yang lalu.
Alhamdulillah.. dengan izin Allah, segalanya berjalan dengan baik dan sempurna..
Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis kali ini yang jauh lebih meriah dari tahun sebelumnya... Terima kasih banyak2...
Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP Putatan, Encik Abdul Hamid. Terima kasih kerana sudi datang jauh ke Keningau untuk meraikan bersama2 majlis ini. Kepada semua yang hadir juga, ribuan terima kasih kepada anda semua... Semoga apa yang dirancangkan mendapat sokongan dari anda semua.
(Maaf tak sempat nak upload gambar sambutan... ada masalah sikit dengan internet..slow sangat)