Sabtu, 26 Mei 2012

PEPERIKSAAN DAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

alhamdulillah.. peperiksaan pertengahan tahun yang bermula pada 16.05.2012, telahpun selesai pada 22.05.2012 (lewat sedikit dari jadual PASTI PUSAT kerana soalan tiba lewat dari jadual asal....)
Sekarang nie guru2 PASTI as-Shariff sedang sibuk menanda kertas pelajar 5 dan 6 tahun.. 
ana harap guru2 dapat siapkan menanda kertas seterusnya mengisi ke dalam Borang Pemarkahan yang disediakan mengikut ketetapan tarikh yang diberikan... (biasanya PASTI negeri akan minta rekod markah untuk simpanan.. )

Dan cuti pertengahan tahun 2012 bermula pada 26 MEI - 10 JUN 2012. PASTI as-Shariff mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar PASTI.... Semoga cuti kali ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar dan ibu bapa dalam meluangkan masa yang ada... SELAMAT BERCUTI semua anak2 dan guru2 PASTI as-Shariff Keningau..

Pada masa cuti juga, bermula 28 - 31 Mei 2012 (4 hari), atas inisiatif guru2 PASTI... satu kelas tambahan (cepat membaca) diadakan antara jam 8pagi - 10pagi untuk pelajar2 5 dan 6 tahun yang belum menguasai teknik membaca dengan baik. Semoga kelas yang diadakan ini akan membantu mempercepatkan penguasaan pelajar membaca...   

Insyaallah.... 11 JUN 2012 sesi persekolahan akan dibuka semula dan pastinya PASTI sangat2 mengalu2kan kedatangan anak2 PASTI ke sekolah semula... 

Jumpa lagi di lain coretan.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan