| - Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
- Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
- Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
- Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
- Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
|
Tanda dan Gejala Penyakit |
| - Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
- Ulser di tekak dan mulut
- Demam
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
|
Langkah-langkah Pencegahan |
| - Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
- Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
- Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
- Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
|
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut: - Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
- Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
- Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
|
| | |
Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan