Khamis, 30 September 2010

PEMERIKSAAN GIGI PELAJAR PASTI







Hari : Rabu

Tarikh : 22 September 2010

Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : PASTI as-Shariff Keningau Sabah


Tahun ini pihak Klinik Pergigian, Jabatan Kesihatan daerah Keningau telah berkunjung ke PASTI as-Shariff untuk membuat pemeriksaan gigi secara percuma. Seramai 11 orang kakitangan pusat kesihatan Keningau telah hadir dalam program tersebut. Semua pelajar PASTI as-Shariff yang hadir pada hari tersebut menjalani pemeriksaan gigi. Tujuan program ini ialah untuk memastikan tahap kesihatan gigi pelajar adalah baik. Gigi pelajar yang rosak telah ditampal/dipalam.

Aktiviti lain yang dijalankan olah kakitangan Unit Pergigian Keningau ialah menunjukkan cara memberus gigi yang betul, khidmat nasihat dan persembahan pupet bagi memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan gigi dari peringkat kanak2 lagi.

Kami di PASTI as-Shariff merakamkan setinggi2 penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Kesihatan Keningau yang membantu memberikan panduan, nasihat dan rawatan pergigian kepada semua pelajar PASTI.

Khamis, 16 September 2010

KENA KOMPAUN...

Assalamualaikum...
Tadi pagi around 9 am la.. ana dok tengok tv lepas pegi pasar... Ada sahabat tipon, pegawai dari Jabatan Bomba datang nak kompaun because pagar kayu yang PASTI Keningau bina tu terletak atas pili bomba. em.. Apa nak buat last warning sudah.. kena kompaun la.. Maybe about RM 100..
Takpa la.. lagipun pihak berwajib dah beritahu lama dah.. Minta maaf la ya. Apapaun tadi pagi jugak ana dan sahabat pegi settlekan pagar kayu tu. Alhamdulillah, siap cat lagi pagar kayu tu.. pagar yang menghalang pili bomba tu dah dibuang.. penat jugak gergaji. Lama dah nak buang, tapi maklum la, sibuk memanjang.

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari PASTI AS-SHARIFF Keningau Sabah...
Insyaallah.. tahun nie kita akan buat rumah terbuka lagi... Maybe minggu terakhir Syawal la..