Khamis, 31 Mac 2011

KEKOSONGAN JAWATAN.....

Berikut adalah makluman mengenai kekosongan jawatan tenaga pengajar PASTI as-Shariff Keningau....
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang
ke PASTI as-Shariff Keningau
di no. 4, Taman Juta, Keningau
pada masa persekolahan antara jam 8.00 pagi - 11.30 pagi
hari ISNIN hingga JUMAAT
untuk mengambil borang permohonan dan untuk diatur sesi interview....

Tenaga pengajar yang dikehendaki ialah
MUSLIMAH (wanita) umur antara 18 tahun - 30 tahun dan sekurang2nya mempunyai sijil SPM serta berpengetahuan dalam asas bahasa Arab, Jawi dan pendidikan Islam diberi keutamaan...

Tempat tinggal disediakan di PASTI as-Shariff Keningau....

Kami juga memerlukan ANDA yang sanggup memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan kesungguhan dalam membantu serta mendidik anak2 PASTI supaya menjadi insan yang soleh dan solehah...

jazakallahu khairan...

"BERSAMA MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN"

Rabu, 23 Mac 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Assalamualaikum...
ana rasa hari nie 23/03/2011 semua dah tahu bahawa keputusan SPM 2010 akan keluar...
so.. ana harap semua pelajar2 yang menduduki SPM tahun lalu akan beroleh kecemerlangan sepertimana yang telah diusahakan... Semoga kejayaan yang diperoleh akan digunakan untuk memburu kejayaan seterusnya dan jangan lupa akan tanggungjawab anda semua terhadap agama, keluarga, bangsa dan negara..
Semoga Allah membantu mempermudahkan urusan kita semua.. Amin...

Pelajar lepasan SPM yang nak semak melalui sms bolehlah guna kaedah ini;
taip SPM SEMAK jarak NO KP jarak NO ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

kepada yang berjaya... TAHNIAH diucapkan...
yang kurang berjaya atau resultnya kurang baik... JANGAN PUTUS ASA... banyak lagi ruang dan peluang yang ada... sama2 diperbaiki...

Ahad, 6 Mac 2011

KEIKHLASAN DALAM BERAGAMA

Daripada Tamim al-Dari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Agama adalah 'nasihat'. " Kami bertanya;"Terhadap siapa?" Baginda menjawab: "Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin pemimpin dan kaum muslimin umumnya."
(Riwayat Muslim)