Rabu, 6 Februari 2013

SESI PERSEKOLAHAN 2013

alhamdulillah.... sesi persekolahan di PASTI as-Shariff Keningau telah bermula pada 02.01.2013 sama seperti sekolah2 dan tadika2 lain juga..
2 - 4/01/2013 sesi pendaftaran semula pelajar lama (4 ke 5, 5 ke 6) dan pendaftaran pelajar BARU juga dilaksanakan.. pada minggu PERTAMA juga sesi suaikenal dijalankan oleh guru2 PASTI bagi pelajar2 baru agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.....
sehingga artikel ini ditulis (06/02/2013) jumlah pelajar yang berdaftar di PASTI as-Shariff Keningau adalah seramai 73 orang... Pelajar 6 tahun menunjukkan peningkatan  dengan jumlah seramai 33 orang berbanding tahun lalu (2012) 24 orang... PASTI Keningau sudah menutup PENDAFTARAN kerana tempat ADALAH TERHAD kecuali jika ada pelajar yang berpindah atau atas sebab2 lain.
TERIMA KASIH kepada ibubapa dan penjaga pelajar kerana memilih untuk menghantar ANAK2 ke PASTI umumnya atau ke PASTI as-Shariff Keningau....
Semua urusan pembahagian pakaian seragam, pakaian sukan, buku teks dan buku kerja PASTI juga telah selesai pada bulan JANUARI... MAAF ATAS KELEWATAN...
Tak lupa Pengurusan PASTI Keningau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru2 PASTI as-Shariff Keningau kerana anda semua lah PASTI terus mendapat sambutan... Sama2 lah kita berusaha dalam memberi didikan dan asuhan yang terbaik untuk ANAK2 PASTI..... 

"BERAMAL KERANA ALLAH"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan