Sabtu, 9 Oktober 2010
MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI PASTI 2010M/1431H
Rabu, 6 Oktober 2010
Khamis, 30 September 2010
PEMERIKSAAN GIGI PELAJAR PASTI
Hari : Rabu
Tarikh : 22 September 2010
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : PASTI as-Shariff Keningau Sabah
Tahun ini pihak Klinik Pergigian, Jabatan Kesihatan daerah Keningau telah berkunjung ke PASTI as-Shariff untuk membuat pemeriksaan gigi secara percuma. Seramai 11 orang kakitangan pusat kesihatan Keningau telah hadir dalam program tersebut. Semua pelajar PASTI as-Shariff yang hadir pada hari tersebut menjalani pemeriksaan gigi. Tujuan program ini ialah untuk memastikan tahap kesihatan gigi pelajar adalah baik. Gigi pelajar yang rosak telah ditampal/dipalam.
Aktiviti lain yang dijalankan olah kakitangan Unit Pergigian Keningau ialah menunjukkan cara memberus gigi yang betul, khidmat nasihat dan persembahan pupet bagi memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan gigi dari peringkat kanak2 lagi.
Kami di PASTI as-Shariff merakamkan setinggi2 penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Kesihatan Keningau yang membantu memberikan panduan, nasihat dan rawatan pergigian kepada semua pelajar PASTI.
Khamis, 16 September 2010
KENA KOMPAUN...
Selasa, 10 Ogos 2010
Ahad, 25 Julai 2010
Allahumma Ballighna Ramadhan
Sedar ataupun tidak, bulan suci mulia yang telah kita tinggalkan lalu dengan penuh pengabdian dan keazaman untuk peningkatan sebagai seorang Muslim yang benar-benar menyerah, tunduk patuh kepadaNya bakal menjelang tiba. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan umur yang setahun lebih panjang dengan mengurniakan kita sekali lagi Ramadhan, untuk kita koreksi diri, pertambahkan iman dan persiapkan kekuatan dan bekalan. Seperti doa yang biasa kita ucapkan; Allahumma Ballighna Ramadhan.
Seperti doa yang diajarkan Rasulullah saw kepada kita;
Apabila Rasulullah saw melihat anak bulan Rejab, baginda membaca, yang bermaksud,
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadhan. (Hadith riwayat at-Tabrani dan Ahmad)
Betapa besar kurniaan Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan, dimana Rasulullah telah mengajarkan kita untuk berdoa agar kita dihidupkan sehingga sampai bulan Ramadhan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepadaNya.
Bagi para daie ilallah, peluang mengecapi Ramadhan sememangnya ditunggu, di kala tamatnya Ramdhan yang lepas dengan penuh tangisan ketakwaan dan air mata keinsafan. Bulan bukan sekadar nikmat, tetapi penuh ujian serta peluang amal dakwah untuk mendekatkan manusia pada jalan Allah swt.
Persediaan dan perancangan perlulah dilakukan untuk kita memaksimumkan segala peluang yang di bulan Ramadhan ini. Sebagaimana yang dimaklumi, amal kebajikan akan diganjarkan setingkat lebih tinggi jika ia dilakukan pada bulan Ramadhan. Yang sunat diberi pahala wajib. Yang wajib digandakan dengan gandaan sesuai dengan kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya.
Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala Fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalam-amalan Sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan-amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka…” (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadhan ialah:
1) Memahirkan diri dengan segala rukun,sunat,harus,makruh yang berkaitan dengan puasa di bulan Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
2) Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajjud, untuk mendekatkan diri pada Allah, dan membiasakan tahajjud di bulan Ramadhan.
3) Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang telah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
4) Menyediakan diri dengan kurang makan dan berpuasa, namun perlu diingat dengan sabda Nabi saw dari Abu Hurairah;yang bermaksud;
Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa (riwayat Muslim)
5) Strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran. Pada bulan ini kita mempunyai kelebihan kerana musuh ketat manusia telah di rantai, sebagaimana sabda Rasulullah saw dari Abu Hurairah; yang bermaksud;
Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (riwayat Muslim)
6) Melatih diri semua sifat Islamiah seperti sabar, kurang bercakap lagha dan keji, menjauhi mengumpat dan mengata, dan perbanyakkan senyuman kepada semua sahabat.
Jadi sahabat sekalian, sematkan azam masing-masing untuk kita memperbanyakkan amalan fardhi dan amalan dakwah kita di bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Persiapkan mental mulai sekarang dan tekunlah istiqamah dengannya.
Doa kita..Allahumma Balligna Ramadhan…amen….
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadhan. (Hadith riwayat at-Tabrani dan Ahmad)
SIGNBOARD PASTI AS-SHARIFF
ASSALAMUALAIKUM....
Selasa, 1 Jun 2010
Baju Rasmi Pasti
Kota Kinabalu, 30 januari, Tahun 2011 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan menggunakan baju baru yang seragam seluruh negara kata Pengarah Pasti Negeri Sabah Ust. Anuar Ali.
Para pelajar Pasti adalah dimestikan menggunakan baju ini bermula tahun 2011.
Menurut beliau para ibubapa boleh menempah baju baru ini melalui Pasti masing-masing, manakala harganya adalah berpatuatn sekitar RM30 sepasang termasuk tudung untuk perempuan dan kopiah untuk lelaki dalam 3 saiz iaitu S,M dan L.
Bagi Pasti Kawasan dan cawangan boleh berhubung terus dengan Bendahari Pasti Negeri Sabah Sdr. Iskhandar di talian 0138987033 untuk tempahan.
Jumaat, 28 Mei 2010
Khamis, 27 Mei 2010
PEMBERITAHUAN!!!
Sabtu, 22 Mei 2010
PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI IBU 2010
Assalamualaikum....
Ahad, 16 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU 201O
Ahad, 9 Mei 2010
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA GOLONGAN IBU...
Ahad, 11 April 2010
salam ukhuwah....
Khamis, 8 April 2010
SAMBUTAN HARI LAHIR DI PASTI
Tanggal 25 mac 2010... hari lahir adik Sabihatun Najwa...
Jumaat, 5 Mac 2010
BELAJAR SAMBIL BERMAIN...
Dua minggu lepas (kalau tak silap), guru PASTI minta belikan belon nie...
Guru PASTI bagitau tolong belikan belon untuk pembelajaran tentang bulatan katanya..
Bagus jugak la.. belajar sambil main.. Pembelajaran ini dijalankan semasa Pendidikan Jasmani. Relax minda... Suka betul nie anak2 nie meniup..
Gambar kelihatan pelajar PASTI Keningau leka meniup belon....
p/s: catatan oleh mudir PASTI... (lama tak menulis dalam blog nie...bagi update skit la)
Sabtu, 20 Februari 2010
BUKU TEKS DAN BUKU KERJA PASTI 5 TAHUN
Alhamdulillah... buku teks dan buku kerja PASTI 5 tahun dah diambil.
Insyaallah.. minggu depan dah boleh edarkan kepada pelajar 5 tahun.
Rabu, 13 Januari 2010
MAKLUMAN PASTI AS-SHARIFF 2010
ALHAMDULILLAH.. SEHINGGA 12/1/2010 JUMLAH PELAJAR PASTI AS-SHARIFF KENINGAU YANG MENDAFTAR SERAMAI 48 ORANG. DENGAN INI KAMI PIHAK PENGURUSAN PASTI AS-SHARIFF KENINGAU TELAHPUN MENUTUP PENDAFTARAN BAGI KEMASUKAN PELAJAR SETAKAT INI.
TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG MENGHANTAR ANAK2 UNTUK BELAJAR DI PASTI.
INSYAALLAH, DENGAN KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN, KAMI DI PASTI AS-SHARIFF AKAN BERUSAHA UNTUK BERSAMA2 MEMASTIKAN ANAK2 PASTI CEMERLANG DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN, SAHSIAH, AKADEMIK, AKHLAK DAN SEBAGAINYA
SEKIRANYA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN SILALAH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI DI PASTI AS-SHARIFF KENINGAU. NANTI SAYA AKAN MASUKKAN JADUAL DALAM BLOG INI BAGI MEMUDAHKAN IBU BAPA PENJAGA MEMBUAT RUJUKAN..
'BERSAMA MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN'