Khamis, 30 September 2010

PEMERIKSAAN GIGI PELAJAR PASTI







Hari : Rabu

Tarikh : 22 September 2010

Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : PASTI as-Shariff Keningau Sabah


Tahun ini pihak Klinik Pergigian, Jabatan Kesihatan daerah Keningau telah berkunjung ke PASTI as-Shariff untuk membuat pemeriksaan gigi secara percuma. Seramai 11 orang kakitangan pusat kesihatan Keningau telah hadir dalam program tersebut. Semua pelajar PASTI as-Shariff yang hadir pada hari tersebut menjalani pemeriksaan gigi. Tujuan program ini ialah untuk memastikan tahap kesihatan gigi pelajar adalah baik. Gigi pelajar yang rosak telah ditampal/dipalam.

Aktiviti lain yang dijalankan olah kakitangan Unit Pergigian Keningau ialah menunjukkan cara memberus gigi yang betul, khidmat nasihat dan persembahan pupet bagi memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan gigi dari peringkat kanak2 lagi.

Kami di PASTI as-Shariff merakamkan setinggi2 penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Kesihatan Keningau yang membantu memberikan panduan, nasihat dan rawatan pergigian kepada semua pelajar PASTI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan