Assalamualaikum....
Terima kasih kepada semua yang sudi memasuki blog PASTI As-Shariff Keningau.
alhamdulillah.. segala persiapan untuk Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu 2010 berjalan dengan lancar... setakat nie semua AJK memberikan komitmen yang sangat baik dalam membantu menjayakan program yang dirancang... Tadipun diorang baru selesai balut hadiah (dari jam 4 petang sampai jam 8 malam)... syukran jazilan....
Insyaallah.. majlis ini akan diadakan pada 23 mei ini di Masjid Taqwa... Setakat hari ini 21 mei 2010, ibu bapa memberikan respon yang sangat baik untuk sama2 menghadiri dan mengikuti setiap program yang akan dilaksanakan.. semoga dengan ini akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara Ibu Bapa, AJK PASTI, Ahli Usrah dan semua2 yang hadir...
Terima kasih juga atas sumbangan daripada ibu bapa pelajar dan individu...
semoga aktiviti atau majlis ini nanti akan memberi manfaat kepada kita semua..
sebelum bermulanya majlis lagi... saya selaku mudir merangkap pengarah program ini memohon maaf andai ada salah silap atau sebarang kekurangan dalam meng'handle' program ini.. Segala pandangan dan nasihat sangat2 dialukan bagi menjayakan program ini... Terima kasih semua... Semoga Allah memudahkan dan melancarkan perjalanan program ini... AMIN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan