Khamis, 12 November 2009

SUKANEKA PASTI AS-SHARIFF 2009

Seperti tahun2 sebelumnya.. acara tahunan SUKANEKA PASTI AS-SHARIFF 2009 telah diadakan pada tarikh 08 Nov 2009 yang lalu, di padang MASJID TAQWA Keningau.. Acara bermula lebih kurang jam 8 pagi..
Antara yang dipertandingkan adalah ACARA Sukaneka Tertutup... untuk pelajar PASTI SAHAJA...iaitu acara tiup belon sampai pecah, bawa bola pingpong dalam sudu, lari dalam guni dan isi air dalam botol... Dan semua acara tersebut dibahagikan kepada 4 kategori.. TAHniah buat anak anak PASTI yang menang.. Yang tidak menang pun tetap menang bcoz semua berjaya menamatkan acara masing2 dengan bergayanya...
Acara terbuka ialah Mewarna dan acara muslimin serta muslimat.. Sambutan dari muslimin muslimat memang menggalakkan... Walaupun hadiahnya biasa2 aja..TAHNIAH kepada yang menang pada hari tersebut.
Alhamdulillah.. segalanya berlangsung dengan meriah walaupun cuaca mendung dan hujan turun pada pertengahan acara... tapi ujan sekejap saja.
Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga PASTI, ibu bapa, anak2 pelajar, dan semua2 la yang hadir pada hari tersebut..
Sukaneka PASTI berakhir dalam jam 12 lebih... walaupun agak kepenatan.. tetapi gembira kerana aktiviti berjalan dengan lancar... terima kasih atas kerjasama semua..
Insyaallah... jumpa lagi tahun depan.. Segala kekurangan dari kami warga PASTI harap dimaafkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan