Selasa, 24 November 2009

KONVOKESYEN PASTI AS-SHARIFF 2009

Pada 15 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Perpustakaan Keningau, telah diadakan Majlis Konvokesyen Pasti as-Shariff kali ke-7 tahun 2009.
Antara program atau aktiviti yang dilaksanakan ialah Penyampaian Hadiah kepada pelajar cemerlang bagi setiap umur dari 4 tahun hingga 6 tahun, cenderahati kepada semua pelajar dan Sijil Tamat Belajar bagi pelajar 6 tahun. Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan alu aluan Pengerusi Majlis. Seterusnya Bacaan al-Quran oleh adik Nik Muhammad Afiq Naqiuddin. Dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDP Pas Kawasan Keningau.
Ibu bapa dan tetamu juga dihiburkan oleh persembahan dari adik2 pelajar PASTI as-Shariff. Antara persembahan pelajar ialah bacaan doa harian, lagu twinkle2, sajak ibu dan lain lain lagi. Memang berbakat dan berkebolehan semua anak anak PASTI.

Bacaan al-Quran oleh

Adik Nik Muhammad Afiq Naqiuddin

Persembahan pelajar 5 tahun, bacaan doa2 harian

Cerita tentang dinasour

Oleh adik Danial Arif bin Rashidi

Adik Nur Ain Maisarah bercerita tantang ‘MY FAMILY’

Pelajar Terbaik 2009 (lelaki)

Nik Muhammad Afiq Naqiuddin bin Mohd Shuffian

Pelajar Terbaik 2009 (perempuan)

Hamidah binti Muhd Rusli

Majlis ini berakhir pada jam 11.30pagi. Terima kasih atas sokongan, bantuan dan dorongan semua ibu bapa dan tetamu yang hadir pada Majlis Konvokesyen tersebut. Segala kekurangan mohon dimaafi.

Pelajar 6 tahub PASTI as-Shariff yang menerima Sijil Konvokesyen Tahun 2009... Selamat menempuh alam persekolahan di sekolah rendah pula...Semoga diiringi kejayaan dunia dan akhirat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan