Khamis, 30 Julai 2009

Suasana Belajar di PASTI Keningau...


Salam...hari ini hari Khamis... Seperti kebiasaannya, perhimpunan pagi diadakan setiap hari sebelum pelajar PASTI masuk ke kelas. Perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari kerana untuk mendidik dan mengingatkan pelajar sebelum belajar mesti di mulakan dengan doa belajar dahulu agar diterangkan hati supaya mudah menerima ilmu.. Setiap pekerjaan didahulukan dengan doa..... Sama2 lah kita mempraktikkannya.
Beginilah keadaan perhimpunan pagi setiap hari. Antara aktivitinya ialah membaca doa belajar, dan diajar juga doa-doa harian yang lain... Hafazan hadis, hafazan ayat lazim dan nasyid.


Aktiviti pengajaran & pembelajaran dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Beginilah suasana dalam kelas... "Melentur buluh biar dari rebungnya". InsyaAllah, semoga anak2 PASTI akan berjaya nanti.

Amboi... Prihatinnya cikgu... tolong pakaikan Nabihah tudung.


catatan oleh: Cikgu CT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan