Ahad, 26 Julai 2009

SERONOKNYA PELAJAR PASTI MASA PJK

ASSALAMUALAIKUM.....
Mengikut jadual, PASTI As-Shariff adakan Pendidikan Jasmani & Kesihatan pada setiap hari Jumaat... Macam biasalah, pada awal pagi jam 8.00 perhimpunan harian. Tapi hari ni perhimpunan diisi dengan Slot Peribadi Muslim...

Masa perhimpunan pagi pun budak-budak dah senang duduk. Sebabnya dah dua minggu tak main. Dua minggu lepas pelajar PASTI ada aktiviti melukis corak menggunakan warna
air. Pelajar diberi sekeping kertas lukisan, warna air dikongsi (semangat kerjasama) dan cop batang pelepah daun pisang. Seronok tengok budak-budak mencorakkan kertas lukisan mereka.. Iyalahkan sambil sambil main dapat jugak belajar menggunakan warna air. Tak sangka berbakat jugak budak-budak ni.... Cantik-cantik belaka corak yang di hasilkan!!! Tengoklah gambar corak kat sebelah tu.....

Budak-budak nie memang suka sangat waktu bermain itu hari. Setiap hari ada sahaja pelajar yang bertanya..."Cikgu bila kita ada PJ lagi?" Ada pulak yang bertanya, "Kita nak main apa hari Jumaat ni cikgu"?.... kelakar pun ada. Biasalah budak budak katakan. Macam kita kecik2 dulu la.
PJK bukan sahaja waktu menyeronokkan para pelajar malah dapat menghilangkan stress asyik belajar dalam kelas sahaja dan dapat mengeluarkan peluh, menyihatkan badan juga.
Di harap para pelajar seronok belajar di PASTI... Semoga para pelajar PASTI berjaya dan cemerlang serta terbilang untuk berbakti pada bangsa, agama dan negara. "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM."
Okey la setakat nie dulu catatan untuk kali ini... Ada masa saya cerita lagi. Jumpa lagi dilain catatan. Insyaallah........


Catatan oleh; cikgu ct....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan