Isnin, 25 Julai 2011

RAMADHAN DATANG LAGI....

assalamualaikum...
insyaallah.. minggu depan (banyak sahabat2 kata 1 ogos 2011 adalah hari pertama Ramadhan1432H) kita semua umat ISLAM akan menyambut Ramadhan..
Ana tak nak ulas panjang2.. sebab semua tahu sudah,.. bulan ini kita semua umat ISLAM akan menunaikan salah satu rukun ISLAM yang lima iaitu BERPUASA sepanjang bulan tersebut dan membayar zakat fitrah yang wajib keatasnya.
Cuma ana harap, ana dan semua sahabat2, kita semua dapat buat yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. semoga ALLAH memberi kita kekuatan untuk melipatgandakan ibadat kita semua pada bulan yang mulia ini dan dapat kita melawan nafsu dari melakukan perkara yang boleh mengurangkan dan membatalkan amalan kita... (kalau pegi pasaraya tadi dah mula pasang lagu raya dah... ish.. )

Ana juga sebagai wakil PASTI AS-SHARIFF keningau mengucapkan selamat menyambut RAMADHAN 1432H kepada semua ibubapa, anak2 pelajar, sahabat2 dan orang perseorangan yang banyak menyokong PASTI...

makluman juga dari PASTI as-SHARIFF, bagi bulan RAMADHAN tahun ini, makanan tidak disediakan untuk pelajar PASTI semasa rehat.. so ibu bapa yang anaknya masih lagi baru2 belajar berpuasa, bolehlah menyediakan bekalan untuk anak2.. tujuan PASTI ialah untuk menghormati bulan RAMADHAN itu sendiri dan anak2 PASTI yang berpuasa... insyaallah, moga2 anak2 PASTI juga dapat belajar mendidik diri berpuasa... sehubungan itu juga, PASTI mengecualikan bayaran YURAN MAKANAN bagi bulan OGOS/RAMADHAN ini. Ibu bapa yang nak menyumbang pun dialu2 kan..

akhir sekali.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK... SELAMAT BERIBADAH ....


coretan... mudir PASTI...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan