Khamis, 27 Mei 2010

PEMBERITAHUAN!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT BUAT SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT...
BERIKUT PASTI AS-SHARIFF KENINGAU NAK BUAT SEDIKIT MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA PELAJAR SEMUA....

CUTI HARI WESAK PADA 28 MEI 2010
CUTI KEAMAATAN PADA 30 MEI HINGGA 1 JUN 2010

PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA PADA 2 JUN - 4 JUN 2010

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010 BERMULA PADA
5 JUN - 20 JUN 2010....

SELAMAT BERCUTI DARIPADA PASTI AS-SHARIFF KENINGAU.... SEMOGA CUTI KALI INI AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA UNTUK MEMPERBANYAKKAN MASA BERSAMA KELUARGA.. INSYAALLAH...

Sabtu, 22 Mei 2010

PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI IBU 2010


Assalamualaikum....
Terima kasih kepada semua yang sudi memasuki blog PASTI As-Shariff Keningau.
alhamdulillah.. segala persiapan untuk Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu 2010 berjalan dengan lancar... setakat nie semua AJK memberikan komitmen yang sangat baik dalam membantu menjayakan program yang dirancang... Tadipun diorang baru selesai balut hadiah (dari jam 4 petang sampai jam 8 malam)... syukran jazilan....
Insyaallah.. majlis ini akan diadakan pada 23 mei ini di Masjid Taqwa... Setakat hari ini 21 mei 2010, ibu bapa memberikan respon yang sangat baik untuk sama2 menghadiri dan mengikuti setiap program yang akan dilaksanakan.. semoga dengan ini akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara Ibu Bapa, AJK PASTI, Ahli Usrah dan semua2 yang hadir...
Terima kasih juga atas sumbangan daripada ibu bapa pelajar dan individu...
semoga aktiviti atau majlis ini nanti akan memberi manfaat kepada kita semua..
sebelum bermulanya majlis lagi... saya selaku mudir merangkap pengarah program ini memohon maaf andai ada salah silap atau sebarang kekurangan dalam meng'handle' program ini.. Segala pandangan dan nasihat sangat2 dialukan bagi menjayakan program ini... Terima kasih semua... Semoga Allah memudahkan dan melancarkan perjalanan program ini... AMIN...

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 201O

Assalamualaikum.. hari ini 16 mei 2010... Hari guru... Tidak kira apa pun gelaran-Cikgu, ustaz, ustazah, profesor, encik... dimana ilmu dicurahkan- tadika, sekolah, surau, masjid dan mana2 sahaja, SELAMAT HARI GURU diucapkan... terutama sekali kepada guru2 tadika PASTI yang mengajar mengenal ABC, Alif Ba Ta, 1 2 3.... terima kasih.. tiada ungkapan lagi selain TERIMA KASIH... semoga Allah merahmati usaha kalian semua... semoga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dan semoga Allah memberi ganjaran di dunia dan akhirat kelak.. Amin...

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA GOLONGAN IBU...

ASSALAMUALAIKUM...
Tanggal 11 Mei setiap tahun adalah hari IBU... Pengurusan PASTI as-Shariff Keningau mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua muslimat yang bergelar ibu, ummi, mak, mama dan sebagainya gelaran yang dipanggil anak2..
Semoga dengan adanya sambutan seperti ini akan lebih memeriahkan lagi hidup kita semua.. sebagai ibu, anda tentunya mengharapkan ucapan daripada anak2 anda.. Dan jangan pulak anda lupa sebagai seorang anak... anda juga patut ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada IBU anda...
Semoga ibu2 semua ceria, bahagia dan berjaya mendidik anak2 dengan sempurna agar menjadi insan soleh dan solehah...
kepada anak2 semua ... hargailah IBU anda....
jangan lupa 23 MEI nie pengurusan PASTI keningau dengan kerjasama USRAH MUSLIMAT akan mengadakan Majlis Sambutan HARI IBU Dan HARI GURU di.... TUNGGU!!!
terima kasih semua...
jazakallahu khairan kathiran..