Sabtu, 26 Mei 2012

PEPERIKSAAN DAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

alhamdulillah.. peperiksaan pertengahan tahun yang bermula pada 16.05.2012, telahpun selesai pada 22.05.2012 (lewat sedikit dari jadual PASTI PUSAT kerana soalan tiba lewat dari jadual asal....)
Sekarang nie guru2 PASTI as-Shariff sedang sibuk menanda kertas pelajar 5 dan 6 tahun.. 
ana harap guru2 dapat siapkan menanda kertas seterusnya mengisi ke dalam Borang Pemarkahan yang disediakan mengikut ketetapan tarikh yang diberikan... (biasanya PASTI negeri akan minta rekod markah untuk simpanan.. )

Dan cuti pertengahan tahun 2012 bermula pada 26 MEI - 10 JUN 2012. PASTI as-Shariff mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar PASTI.... Semoga cuti kali ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar dan ibu bapa dalam meluangkan masa yang ada... SELAMAT BERCUTI semua anak2 dan guru2 PASTI as-Shariff Keningau..

Pada masa cuti juga, bermula 28 - 31 Mei 2012 (4 hari), atas inisiatif guru2 PASTI... satu kelas tambahan (cepat membaca) diadakan antara jam 8pagi - 10pagi untuk pelajar2 5 dan 6 tahun yang belum menguasai teknik membaca dengan baik. Semoga kelas yang diadakan ini akan membantu mempercepatkan penguasaan pelajar membaca...   

Insyaallah.... 11 JUN 2012 sesi persekolahan akan dibuka semula dan pastinya PASTI sangat2 mengalu2kan kedatangan anak2 PASTI ke sekolah semula... 

Jumpa lagi di lain coretan.. 

Isnin, 21 Mei 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI KENINGAU 2012

Tarikh   : 19 Mei 2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat  : PASTI as-Shariff Keningau

Semua sedia maklum bahawa tarikh 16 Mei adalah tarikh dimana satu hari diberikan penghargaan kepada guru2 di seluruh Malaysia...
Satu majlis telah diadakan bagi meraikan guru2 PASTI as-Shariff Keningau pada 19/5/2012..
Antara pengisian dan aktiviti yang diadakan ialah persembahan pelajar, permainan untuk pelajar dan ibubapa, penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada guru serta tazkirah ringkas.
Terima kasih pada semua yang hadir iaitu ibu bapa pelajar, ahli usrah muslimin dan muslimat. Terima kasih juga kepada YDP PAS Keningau kerana turut hadir.
Persembahan pelajar PASTI
Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar... Untuk sambutan kali ini, jamuan diadakan secara 'potluck,..(ibubapa dan ahli usrah yang hadir bawa makanan dari rumah). Banyaknya dan pelbagai jenis makanan ada.. Terima kasih banyak2..
ibu bapa dan keluarga turut memeriahkan majlis
Masa unuk menjamu selera
Aktiviti untuk ibu 
Guru2 menerima hadiah dari pelajar PASTI
Banyaknya potluck yang dibawa...
Terima kasih....

Semoga majlis yang diadakan ini mengeratkan lagi ukhuwah antara semua yang hadir...
Kepada guru2 yang diraikan, teruskan usaha murni anda mendidik anak2 PASTI..
Sekiranya ada kekurangan dalam majlis tersebut kami di PASTI as-Shariff mohon maaf..
Jazakallahukhair.. dari kami di PASTI as-Shariff Keningau..