Jumaat, 24 Jun 2011

HARI PENYERAHAN KAD KEMAJUAN PELAJAR SEM 1 2011

Satu Program atau Majlis Hari Penyerahan kad kemajuan Pelajar PASTI as-Shariff untuk Peperiksaan Semester 1 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut;

tarikh : 27 Jun 2011
Hari : Isnin
Masa : 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari

semoga ibubapa atau penjaga bagi pelajar PASTI dapat sama2 menghadirkan diri pada ketika atau masa tersebut untuk berbincang atau bertanya sendiri mengenai perkembangan anak2 Tuan dan Puan sekalian...

terima kasih dari PASTI as-Shariff atas sokongan anda semua....

Sabtu, 4 Jun 2011

PEMASANGAN BANNER BARU...




Assalamualaikum...

apa cerita cuti hari nie... 3/6/2011

alhamdulillah.. tadi pagi ana dah pasang banner PASTI as-shariff keningau yang baru...
em.. kenapa banner tu dipasang? Bagi menambahkan keceriaan dan lebih memberi keseronokan kepada pelajar apabila sekolah dibuka semula nanti... ibu bapa juga.. guru2 PASTI dan semua2...insyaallah..
terima kasih kepada designer USTAZ KAMAL... (design anta memang sempoi.. ) ada satu lagi banner, insyaallah esok atau lusa, ana pasang....

ps:
maaflah coretan kelam kabut gaya bahasa...

Rabu, 1 Jun 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2011 DAN KURSUS GURU PASTI

Bersempena dengan sambutan hari guru baru2 ini, Jabatan Pemdidikan PASTI negeri Sabah akan menganjurkan satu MAjlis sambutan HARI GURU PASTI Negeri SABAH pada
8 JUN 2011, jam 8 malam bertempat di LIKAS SQUARE CONDOTEL, Kota Kinabalu...
Berikutan dengan MAJLIS tersebut juga pada petangnya iaitu 8hb JUN 2011, jam 12 tengahari hingga 5 petang akan diadakan satu MESYUARAT MGPNS di tempat yang sama...

Kursus GURU PASTI pula akan dilaksanakan pada 9 - 10 jun 2011 bertempat di likas SQUARE Condotel...
Sehubungan dengan itu empat orang guru PASTI AS-SHARIFF akan mengikuti keseluruhan program tersebut.. insyaallah...

semoga program ini akan memberi manfaat kepada semua..

KELAS TAMBAHAN (SIRI CEPAT MEMBACA)

Cuti sekolah telahpun bermula pada 28 mei - 12 jun 2011.
Dengan inisiatif guru2 PASTI, satu program pengisian masa cuti telah dan sedang dijalankan seperti berikut;
Tarikh: 30 Mei - 2 jun 2011.
Masa: 8.00 pagi - 10 pagi
Bertempat di PASTI as-Shariff Taman Juta Keningau.
Kelas tambahan ini bertujuan memberi lebih ruang kepada pelajar 6 tahun menguasai siri cepat membaca. Kelas ini diadakan secara percuma.
Terima kasih cikgu2 PASTI....